Saturday, August 20, 2011

~!! NINEtyNINE !! ~

Bismillahirrahmanirrahim
:: Edisi Malas Menaip kini kembali! Edisi 2::

* Kali ni, bukan dari Solusi punya :) *






.... [bersambung] ....


Tuesday, August 16, 2011

~T[a]WA[k]AL~

Bismillahirrahmanirrahim~

Ikuti 2 kisah berikut

  1. Suatu ketika Khalifah Umar bin al-Khattab menjumpai sekumpulan pemuda yang sedang melepak di pinggir jalan. "Siapa kamu dan apa yang kamu lakukan di sini?" tanya Umar kehairanan. "Kami ialah orang yang bertawakal kepada Allah," jawab mereka selamba. "Kamu berbohong. Kamu bukan orang yang bertawakal. Orang yang bertawakal ialah orang yang menanam benih kurma dan gandum," jelas khalifah.
  2. Pada waktu yang lain Khalifah Umar bin al-Khattab menghampiri beberapa orang yang selalu dilihat duduk menyerambi masjid. Umar bertanya, "Bagaimana kamu mencukupi keperluan hidup kamu?" Mereka menjawab, "Kami ini orang yang bertawakal." Umar menolak jawapan mereka seraya berkata, "Bukan, kamu ini tidak lain ialah orang yang berpeluk tubuh dan tidak mahu mencari rezeki. Kemudian kamu berdoa kepada Allah, 'Ya Allah, berilah aku rezeki.' Sebab kamu mengetahui bahawa langit itu tidak pernah menurunkan hujan emas ataupun perak."

TAWAKAL

Dalam perspektif Islam,tawakal bererti sikap berserah diri kepada Allah SWT, yang bersumber daripada kesedaran bahawa Allah SWT adalah Zat yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Maka tiada daya serta kekuatan semua makhluk kecuali milik Allah . Namun, tawakal kepada Allah tidak bererti penyerahan diri secara pasif, sebaliknya harus disertai oleh usaha.

Sebagaimana kisah di atas, Umar menyuruh agar tidak hanya sekadar berdoa dan berserah diri kepada Allah SWT, namun harus disertai dengan usaha, berikhtiar dan bekerja keras.

Rasulullah SAW menegur secara bijaksana terhadap orang Badwi yang memahami konsep tawakal hanya berserah saja kepada Allah SWT tanpa sebarang ikhtiar. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik:

Suatu ketika seorang laki-laki datang berjumpa Rasulullah SAW sambil meninggalkan unta tunggangannya, seraya berkata, "Aku lepaskan untaku dan aku bertawakal." Maka Nabi menjawab, "Ikatlah untamu dan bertawakallah kau."

Jelas di sini tidak ada tawakal apabila tidak disertai dengan usaha. Namun, banyak kekeliruan terjadi dalam memahami hadis itu iaitu sering difahami bahawa tawakal itu dilakukan setelah usaha keras dilaksanankan.

Pemahaman ini memang bersumber daripada sejumlah dalil, antaranya ini. Pemahaman ini sebenarnya kurang tepat, kerana tawakal haruslah sentiasa menyertai diri seorang Muslim dalam semua tahap usaha; sebelum, ketika, sesudah dan selamanya.

Jadi, terdapat perbezaan dalam pengertian:

  1. BEKERJA lalu BERTAWAKAL - pengertian ini menjadikan tawakal itu hanya sebagai simbol tanpa memberikan bekas yang bererti terhadap jiwa orang yang tengah melakukan sesuatu pekerjaan, meskipun ia mengaku bertawakal.
  2. BERTAWAKAL lalu BEKERJA - pengertian ini pula mnejadikan tawakal itu sebagai landasan sehingga memberikan bekas yang sangat besar pada jiwa dan membersihkan kekuatan yang luar biasa yang akan mampu mengatasi kesulitan-kesulitan yang ditemui.

KEPENTINGAN SEMANGAT TAWAKAL

Semangat tawakal yang ada sebelum, ketika, dan setelah bekerja juga akan menghindarkan seseorang daripada menempuh jalan yang tidak diredhai oleh Allah SWT untuk mencapai tujuan. Ia yakin dengan tawakalnya. Allah akan membantu memberi jalan serta memudahkan urusannya. Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi keperluannya."
[Surah At-Talaq, 65:3]




[buku Indahnya Amalan Doa, Dato' Ismail Kamus]

Wednesday, August 10, 2011

Selamatkah "Selamat Hari Raya" Kita?

< Bismillahirrahmanirrahim >
:: Edisi Malas Menaip 1 ::
[Solusi no 34, by Ustaz Pahrol]
("Jom beli Solusi," kata seorang Duta Solusi yang berjaya :D)

*Gambar2 yang kecil boleh diklik untuk dibesarkan*






Tuesday, August 9, 2011

Andainya Ini Ramadhan Terakhir Layakkah Kita Berhari Raya ? [MasyaAllah~]

Bismillahirrahmanirrahim~
:: [Edisi malas menaip] ::
[Solusi no 34]

*Gambar2 yang kecil boleh diklik untuk dibesarkan*














Monday, August 8, 2011

T[e]KA TEK[i] Rasulullah s.a.w. .... Ha, Jawab2 :)





Suatu hari, Rasulullah s.a.w. telah berteka-teki dengan para sahabat. Baginda bersabda yang bermaksud: "Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok yang daunnya tidak pernah gugur dan sifatnya seperti seorang Muslim, apakah pokok tersebut?"

.... Clue ....

Ha, jawab2.. Siapa dapat jawab, nanti dapat hadiah.. :D Hadiah terhad kepada 1 pemenang sahaja.. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 Ogos 2011.. Penyertaan adalah terbuka kepada semua peringkat umur termasuk pakcik2, datuk2, nenek2, cucu2 dan sekalian umat manusia yang masih hidup dan yang masih mati.. :)

Sekian :)

Sunday, August 7, 2011

Adakah anda tahu?


Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

" Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu :
  1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah
  2. Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka
  3. Allah memperindahkan syurgaNYA setiap hari dan berfirman "Hampir-hampir hamba-hambaKU yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu"
  4. Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan
  5. Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam [orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan merekasetelah selesai mengerjakannya] "
Mengenai no. 5, ada sahabat yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : "Ya Rasulullah, adakah itu berlaku pada malam lailatul qadar?" Baginda menjawab : "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." [riwayat Ahmad]

[SOLUSI, no 34]

Wednesday, August 3, 2011

Di Bawah LangitMU


Di bawah langitMU

Bersujud semua

Memuji memuja asmaMU

Dan bertasbih semua

MakhlukMU tunduk

Mengharap cinta dan kasihMU


Cahaya Ilahi

Hangatnya di hati

Di langkah sejuta wajah

Terbata penuh salah

Jalani sang hidup

Terluka terhempas berdosa


Hitam putih jalan hidup

Pahit getir warna dunia

Tangis tawa rasa hati

Terluka atau bahagia

Rasa bangga sementara

Setiap duka tak abadi

Semuanya wajah kan dipuji

Pada Allah kita kan kembali




X ada kerja ~ :)

Monday, August 1, 2011

Pesan Kak Aishah (Chepon) untuk Nadiah [IM]


Nadiah : Salam akak, kite dapat 1st posting IM.. Apa nak kena prepare ae? Blurrr, hehe..

Kak Chep : Oho, dapat IM eh.. berat2..hehe.. Kalau IM awal2 kena banyak baca sikit.. Banyak system nak cover.. Awal2 blur la sikit, banyak nak ingat, tapi kalau belajar systematic ikut system senang sikit..Nady start baca dari sekarang.. Kena cover respi, cardio, renal, hemato, CNS, infectious diseases, etc.. Baca la yang common2 dulu, macam denggi, HPT, heart failure, MI, SLE, camtu2 la.. Yang pelik2 toksah cover dulu..

Nadiah : Ha, tu la, diorang cakap banyak sangat IM.. Tapi ada pulak yang cakap, kalau start IM, lepas2tu ringan la sikit, boleh kita rehat2 sikit,hehe.. O0, maknanya kena study ikut system la ae..

Kak Chep : Tadelah susah mane.. Ok je.. Kalau dah buat IM nanti senang la nak buat paeds dengan OnG, sebab dua2 tu ade related dengan IM.. Bila ikut system jadi tak miss disease2 yang penting..

Nadiah : 1 lagi, kawan2 posting tukar setiap tahun kan?

Kak Chep : Haah, tuka tiap tahun.. Nady dapat posting kawan2 best x? Akak suggest sekarang Nady start baca CPG, kat Cheng ada banyak, kalau x pun download kat tenet.. Pastu baca buku Sarawak atau Oxford pun Ok..

Nadiah : CPG yang nak download kat tenet tu nak cari kat mana?

Kak Chep : [belum reply lagi, to be continued, hehe]

Kak Chep : [...bersambung] Name notes tu CPG - Clinical Practise Guideline.. Nak
cari kat mana akak x tahu sangat, Nady cuba search je.. hehe..

Nadiah : Okay.. Akan dicuba inshaAllah.. hehe.. tq akak!

Open University for Everyone

Bismillahirrahmanirrahim~

Fuh2! [maka habuk2 pun berterbangan, :)] Lama sudah tak isi blog dengan perkara2 yang sepatutnya. :) Dah sampai Ramadhan dah pun. MashaAllah, sangat pantas masa berlalu. Teringat sesuatu pepatah [Imam2 besar punya kata2 kalau xsilap], masa adalah perkara paling jauh dengan kita. Yang dekat apa? KEMATIAN! RUMAH kata PERGI, KUBUR kata MARI! MashaAllah~ Takut amat! Tapi kalau sekadar takut je x boleh jugak, kena bertindak, sebab mati itu adalah 1 perkara yang pasti. X boleh lari. Allah berfirman [ampun banyak2, x ingat surah mana, ayat mana, macam biasa, siapa2 nak share, boleh post kat komen] :

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"

"Maka apabila datangnya ajal mereka x dapat melambatkannya SESAAT mahupun mempercepatkannya!"

Ada 1 hadith Rasulullah juga yang mengatakan :

"Sesungguhnya orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati"

MashaAllah~ Sangat banyak dalil & hadith yang menceritakan tentang MATI. Tapi itulah yang manusia [diri sendiri] sering lupa. Manusia3~ Sebab tu lah Allah ciptakan Open University [University Ramadhan] ni. Sebagai tanda kasih sayangNYA terhadap hamba2NYA. Sungguh banyak fadhilat2nya. Tapi, preparation nak daftar diri sebagai student university ni sangat2 banyak & lama. Ambil masa 2 bulan~ Lama3. University Ramadhan ni dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa 1 [10 malam pertama] adalah fasa RAHMAH, fasa ke-2 [10 malam berikutnya] fasa KEAMPUNAN & yang paling menarik sekali di University Ramadhan ni, adalah fasa yg ke-3 [10 malam terakhir, itqun min an-naar] di mana fasa ni sekiranya student2 University Ramadhan buat kerja [beribadah] dengan terbaik, maka mereka adalah orang2 yang berjaya kerana ganjarannya dijauhkan daripada api neraka inshaAllah.

Daripada Abu Hurairah :

"Setiap amalan manusia itu untuknya, kecuali puasa. Ia untuKU dan AKU yang memberi ganjarannya"

"KECUALI PUASA". Apa yang specialnya ibadah puasa? Yang specialnya sebab hanya Allah je yang tahu sejauh mana tahap kita berpuasa. Ibadah2 lain macam solat, zakat, mungkin boleh membuatkan orang nak menunjuk-nunjuk, tapi puasa x boleh kan? Sebab Allah je yang tahu, macam yang dalam hadith tu. 1 lagi, ibadah puasa bukan dalam benuk pekerjaan macam ibadah2 lain. Puasa pulak ada 3 tahap, puasa umum, puasa khusus, & 1 lagi ....... x ingat nama spesifiknya, tapi puasa tahap yang ke-3 tu lah yang TERBAIK sekali! [tapi yang tu lah yang dilupakan oleh manusia bernama Nadiah ni, ish2, teruknya!] Nak tahu lebih, boleh tanya Tuan Haji Google ae, x larat nak taip panjang2.

Di kesempatan ini juga ada 2 artikel daripada Ustaz Muhadir, pesan beliau supaya dapat disebar2kan artikel inidanini, untuk manfaat bersama.

Sekian, Ramadhan Kareem~