Sunday, August 5, 2012

~ Angkuh! ~

Ayah   :   Tengok tu (sambil menuding jari ke arah seseorang yang ala2 Down's syndrome), tu ahli syurga
Aku    :   (gulllppp, terkesima mendengar kata2 ayah) Kenapa ayah?
Ayah   :   Dia tu tak betul, tapi hari2 pergi masjid!

Kata2 ayah membuatkan diri ini berfikir panjang sementara berjalan nak masuk masjid Subuh tadi

  1. 'Tak betul'
  2. Pergi masjid setiap hari
  3. Ahli syurga
Kata2 ayah juga telah membuatkan diri ini memuhasabah, melihat dan membandingkan diri sendiri dengan hamba Allah yang mulia tadi. Beliau yang sebegitu rupa, masih ingat pada Allah, Tuhan yang mengurniakan nikmat, yang menciptakan segala2nya, yang memberikan segala2nya pada diri ini, tapi diri yang selalu lupa dan lalai ini tidak pernah bersyukur~ 

SATU 
Nikmat hidup, ilmu, dan aqal yang sempurna tidak pernah digunakan untuk belajar bersungguh2. 

"Ni apa ae? Kenapa patient ni boleh jadi macam ni?"
"Alaa, takpe la, tak masuk exam pun. Doktor tak tanya kot. Target pass sudah."

Asal cukup untuk PASS EXAM! Exam yang menjadi tujuan. Niat belajar dah tak betul, apatah lagi perkara2 lain, tak usah ditanya~ Selayaknya nikmat aqal ini ditukar hak milik kepada hamba Allah yang tahu erti bersyukur tadi! Barangkali dia lebih bersungguh2 dalam pelajaran sekiranya aqalnya superb seperti manusia waras dan sihat yang lain.


DUA
Nikmat harta (kereta, duit, etc) tidak digunakan untuk membawa diri ke rumah2 Allah. Padahal Allah sudah berfirman 

"Sessunguhnya yang memakmurkan masjid2 Allah hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut kecuali kepada Allah. Maka merekalah orang yang diharapkan termasuk golongan orang yang mendapat petunjuk" (AtTaubah : 18)

Ataupun, apabila ke masjid 

"Alaa, cukup la yang wajib ni. Penat lah nak buat yang sunat. Lagi pun tadi dah buat dua rakaat sebelum Subuh, cukuplah"

Walhal tubuh badan masih sihat, cergas, cerdas & sebagainya. Masih boleh berlari, berenang, terbang semestinya tidak, tapi tak mahu sujud yang hanya memakan masa kurang daripada 5minit dan bersyukur pada yang Maha Memberi semua! Sudahlah sombong, merasa cukup pula dengan amal yang sudah dilakukan. Berkira2 dengan yang Maha Menciptakan. Manusia~ Sememangnya tak sedar diri!


TIGA
AHLI SYURGA? JAUH SEKALI! Bukan sekali, berkali2 jauh! Bau syurga belum tentu. Tapi berhalusinasi tak nak masuk neraka?! Delusion? Illusion? Nikmat depan mata tidak disyukuri, malah meminta nikmat yang lain, yang tidak selayaknya diminta dan dimiliki. Benar sungguh, manusia memang tidak tahu berterima kasih, bukan kepada sesama manusia sahaja malah kepada Allahu Ahad! 

Ya Allah yang Maha Pengampun, ampunilah hambamu yang kufur ini. Ya Ghaffar! Ampunilah daku ya Allah~ Sesungguhnya diri ini tidak layak untuk menjadi ahli syurgaMU, tapi takut untuk ke nerakaMU. Maka Engkau kurniakan kepadaku nikmat untuk mensyukuri setiap nikmat yang Engkau kurniakan dan berikanlah kepadaku Istiqamah! Aaaaaamin Ya Sami'ud Du'a, Ya Mujiibas Saailin~

Saturday, May 12, 2012

Forgive Me YaGhaffar~


Guide me, ease my way YaHaadi~

Thursday, March 29, 2012

~ Syukurilah nikmat Islam & Iman ~


Suara ku dengar menyeru kepadaNYA
Suara bergema memuji kebesaranNYA
Suara memujuk kita mendekatiNYA
Suara hidayah mengajak mentaatiNYA

Itulah suara yang ku rindui
Itulah suara yang ku nantikan
Itulah suara membawa kebenaran
Itulah suara datangnya dari Tuhan

Sambut ia
Terimalah
Bila datang pada kita
Kerna ia hanya datang pada hamba yang terpilih
Tidak akan kau temui untuk kali keduanya
Tak kan dapat engkau cari bila ia telah pergi

Syukurilah
Dan amalkan
Sampaikanlah pada sesiapa pun
Perjuangkan dalam hidupmu
Moga rahmat Allah bersamamu

Wednesday, February 22, 2012

< Pesan HO untuk MS >





Perbualan antara seorang HouseOfficer [HO] dengan seorang MedicalStudent [MS]
...........................................................................................................................................

HO : Elo Nady. Sory semalam kat Singapore, xleh angkat tepon. Wats up? hehe.
MS : O0, patot la. hehe. Kite ok ja. Akak sihat? Fetus cane? hehe.
HO : Sihat je, maintain montel. haha. Baby ok jah, doakan la ye :) PENAT SANGAT KERJA HO ni. Nasib baik x IUGR baby ni.
MS : MONTEL? Jangan kuruskan, nak tengok nanti! haha. Sampai hampir2 IUGR? kesiannye. Sekarang berapa bulan?
HO : Masuk 7bulan. haha. Mana ada montel. Biasa je. Nady amacam? Ok x study? Lulus semua exam x?
MS : Yeke? hehe. Alhamdulillah, ok setakat ni, cuma stress tengok kawan2, rajin sangat study. Rasa macam cara Nady study ni salah pulak. Roomate pun jumpa kat cafe hospital. huhu. Tengah cuti sekarang, baru habis O&G.
HO : Hehe, biasa lah tu. Lain orang lain cara study. Xyah ikut orang. Akak dulu kalau x bersukan lagi xley study :). K, study elok2, KAWEN CEPAT2. Dah jadi HO dah xde masa utk suami. wawa.
MS : Tu la, Nady pun xleh, kena g main. huhu. Hah? Yeke? Alamak, kena kawin bulan depan r camni! haha. Ok, inshaAllah, akak pun sama, take care. Kem salam kat baby.

.............................................................................................................................................

MasyaAllah~ Mampukah aku? Layakkah aku? YaAllah, sesungguhnya aku berada di bidang medic ni adalah dengan kehendak / izinMu. Therefore, guide me YaHadi~

Friday, February 17, 2012

Pelik tapi Benar ?

Bismillahirrahmanirrahim
:: Edisi Retype 3 kembali lagi ::

[Solusi no 39, Ustaz Zahazan Mohamed]

Pada zaman Nabi Musa a.s., pernah berlaku musin kemarau yang panjang kepada Bani Israel. Lantaran itu, mereka berhasrat untuk mengumpul dan menemui Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun. Mereka merayu kepada ketua mereka dengan berkata :

"Wahai nabi Allah yang merupakan kalamNya, tolonglah mohonkan kepada Tuhanmu agar Dia berkenan menurunkan hujan kepada kami."

Kemudian Nabi Musa a.s. bersama-sama kaumnya berangkat menuju ke kawasan lapang. Menurut suatu pendapat seperti yang dinyatakan oleh Ibn Qudamah dalam at-Tawwabin, bilangan mereka pada waktu itu lebih kurang 70000 orang. Setelah mereka sampai di tempat yang dituju, maka Nabi Musa a.s. mula berdoa agar diturunkan hujan [al-Istisqa']. Antara isi doa tersebut adalah :

"Tuhanku, siramlah kami dengan air hujanMu, taburkanlah kepada kami rahmatMu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, haiwan ternak yang memerlukan rumput dan orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan cuaca semakin panas."

Allah s.w.t. telah menurunkan firmanNya yang bermaksud :

"Aku tidak merendahkan kedudukanmu di sisiKu, sesungguhnya di sisiKu kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Cuma dalam kalangan umatmu ini, ada seorang yang telah melakukan perbuatan maksiat selama 40 tahun. Selagi dia masih berada dalam kumpulan umatmu ini, maka dia menjadi penyebab terhalang turunnya hujan untuk kamu semua."

Nabi Musa a.s. kembali berkata :

"Wahai Tuhanku, aku adalah hambaMu yang lemah, suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarinya dalam lingkungan jumlah manusia yang melebihi 70000 orang ini?"

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

"Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Akulah yang akan menyampaikannya kepada mereka!"

Mentaati dengan apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Nabi Musa a.s. segera berdiri dan berseru kepada kaumnya :

"Wahai seorang hamba yang derhaka kepada Tuhannya, sudah lama engkau melakukan dosa kepada Allah s.w.t. Keluarlah kamu dari tempat ini, kerana kewujudanmu menghalang hujan daripada diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada kami semuanya."

Mendengar seruan daripada Nabi Musa a.s., maka orang derhaka yang dimaksudkan itu berasa sangat serba salah. Dia melihat ke kanan dan ke kiri. Namun, dia tidak melihat seorang pun yang keluar. Dengan demikian, yakinlah dia bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa a.s. itu ialah dirinya sendiri. Dalam hatinya timbullah penyesalan yang amat mendalam. Dia berkata dalam dirinya :

"Jika aku keluar daripada kumpulan ini, nescaya akan terbukalah segala kejahatan yang telah aku lakukan selama ini. Di manakah akan diletakkan maruah dan kemuliaan keluargaku? Tentulah mereka akan dipandang hina keranaku. Akan tetapi jika aku tetap bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah s.w.t.. Ya Allah, kesalnya aku, malunya aku! Terimalah taubatku, aku berjanji tidak akan mengulangi maksiat-maksiat itu lagi. Ya Allah, sesungguhnya aku telah derhaka kepadaMu lebih 40 tahun, walaupun demikian, Engkau masih memberi kesempatan kepadaku, dan sekarang aku datang kepadaMu dengan ketaatan,maka terimalah taubatku ini. Janganlah dibuka keaibanku di hadapan ramainya hamba-hambaMu dan nabi-nabiMu."

Akhirnya lelaki itu bertekad menundukkan kepalanya kerana bimbang dilihat oleh orang ramai yang mencari-cari siapa sebenarnya pesalah yang dikehendaki itu. Beberapa detik selepas itu, kelihatan awan berkumpul di langit. Seiring dengan itu, huan pun turun dengan lebatnya.
Melihat keadaan demikian, maka Nabi Musa a.s. berkata :

"Tuhanku, mengapakah Engkau mengurniakan nikmat dan rahmat hjan kepada kami, sedangkan pesalah belum lagi menyerah diri?"

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

"Wahai Musa, Aku menurunkan hujan ini juga disebabkan oleh orang tersebut yang dahulunya menjadi sebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu."

Nabi Musa a.s. berkata :

"Tuhanku, lihatkanlah kepadaku siapa sebenarnya hambaMu yang dimaksudkan itu?"

Allah s.w.t. brfirman, maksdunya :

"Wahai Musa, dahulu ketika dia melakukan maksiat dan derhaka kepadaKu, Aku tidak pernah membuka aibnya. Apakah sekarang aku akan membuka aibnya itu ketika dia telah kembali melakukan ketaatan kepadaKu?"


Ease My Way YaKhafidh~


I miss it soooo much~
Will never know when will be the next chance..
And either the next chance exist or not, wallahu a'lam..
Ya Allah, ease my way there~

Friday, January 27, 2012

~!! Mother !!~


Hadith : Ya Rasulullah, whom should I take good care & get close to after Allah & Rasulullah?
He replied : Your Mother
Who's next? Your Mother
Who's next? Your Mother
Who's next? Your Father~

Subhanallah, how great a mom is! Now only i get to see the reality of the greatness of being a mother and how 'kering' is a man's heart since been posted to O&G department~ Such a great sacrifice you have done! Only Allah knows..Im sorry for all my missdoing mom~ :(
If I could turn back time rewind~

Sunday, January 22, 2012

Come On, You Can Do It Nadiah!


Lend me a chip of Your brave & srength, Ya Qawiyy.
Do not let me travel through this part alone.
Accompany me in all my steps~

Sunday, November 6, 2011

Tunjukkan Jalan yg Kau Redhai YaAllah~



Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang
Kehidupan terpelihara

Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi

C/O
Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban

Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia

Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi