Monday, August 1, 2011

Open University for Everyone

Bismillahirrahmanirrahim~

Fuh2! [maka habuk2 pun berterbangan, :)] Lama sudah tak isi blog dengan perkara2 yang sepatutnya. :) Dah sampai Ramadhan dah pun. MashaAllah, sangat pantas masa berlalu. Teringat sesuatu pepatah [Imam2 besar punya kata2 kalau xsilap], masa adalah perkara paling jauh dengan kita. Yang dekat apa? KEMATIAN! RUMAH kata PERGI, KUBUR kata MARI! MashaAllah~ Takut amat! Tapi kalau sekadar takut je x boleh jugak, kena bertindak, sebab mati itu adalah 1 perkara yang pasti. X boleh lari. Allah berfirman [ampun banyak2, x ingat surah mana, ayat mana, macam biasa, siapa2 nak share, boleh post kat komen] :

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"

"Maka apabila datangnya ajal mereka x dapat melambatkannya SESAAT mahupun mempercepatkannya!"

Ada 1 hadith Rasulullah juga yang mengatakan :

"Sesungguhnya orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati"

MashaAllah~ Sangat banyak dalil & hadith yang menceritakan tentang MATI. Tapi itulah yang manusia [diri sendiri] sering lupa. Manusia3~ Sebab tu lah Allah ciptakan Open University [University Ramadhan] ni. Sebagai tanda kasih sayangNYA terhadap hamba2NYA. Sungguh banyak fadhilat2nya. Tapi, preparation nak daftar diri sebagai student university ni sangat2 banyak & lama. Ambil masa 2 bulan~ Lama3. University Ramadhan ni dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa 1 [10 malam pertama] adalah fasa RAHMAH, fasa ke-2 [10 malam berikutnya] fasa KEAMPUNAN & yang paling menarik sekali di University Ramadhan ni, adalah fasa yg ke-3 [10 malam terakhir, itqun min an-naar] di mana fasa ni sekiranya student2 University Ramadhan buat kerja [beribadah] dengan terbaik, maka mereka adalah orang2 yang berjaya kerana ganjarannya dijauhkan daripada api neraka inshaAllah.

Daripada Abu Hurairah :

"Setiap amalan manusia itu untuknya, kecuali puasa. Ia untuKU dan AKU yang memberi ganjarannya"

"KECUALI PUASA". Apa yang specialnya ibadah puasa? Yang specialnya sebab hanya Allah je yang tahu sejauh mana tahap kita berpuasa. Ibadah2 lain macam solat, zakat, mungkin boleh membuatkan orang nak menunjuk-nunjuk, tapi puasa x boleh kan? Sebab Allah je yang tahu, macam yang dalam hadith tu. 1 lagi, ibadah puasa bukan dalam benuk pekerjaan macam ibadah2 lain. Puasa pulak ada 3 tahap, puasa umum, puasa khusus, & 1 lagi ....... x ingat nama spesifiknya, tapi puasa tahap yang ke-3 tu lah yang TERBAIK sekali! [tapi yang tu lah yang dilupakan oleh manusia bernama Nadiah ni, ish2, teruknya!] Nak tahu lebih, boleh tanya Tuan Haji Google ae, x larat nak taip panjang2.

Di kesempatan ini juga ada 2 artikel daripada Ustaz Muhadir, pesan beliau supaya dapat disebar2kan artikel inidanini, untuk manfaat bersama.

Sekian, Ramadhan Kareem~

1 comment: