Sunday, August 5, 2012

~ Angkuh! ~

Ayah   :   Tengok tu (sambil menuding jari ke arah seseorang yang ala2 Down's syndrome), tu ahli syurga
Aku    :   (gulllppp, terkesima mendengar kata2 ayah) Kenapa ayah?
Ayah   :   Dia tu tak betul, tapi hari2 pergi masjid!

Kata2 ayah membuatkan diri ini berfikir panjang sementara berjalan nak masuk masjid Subuh tadi

  1. 'Tak betul'
  2. Pergi masjid setiap hari
  3. Ahli syurga
Kata2 ayah juga telah membuatkan diri ini memuhasabah, melihat dan membandingkan diri sendiri dengan hamba Allah yang mulia tadi. Beliau yang sebegitu rupa, masih ingat pada Allah, Tuhan yang mengurniakan nikmat, yang menciptakan segala2nya, yang memberikan segala2nya pada diri ini, tapi diri yang selalu lupa dan lalai ini tidak pernah bersyukur~ 

SATU 
Nikmat hidup, ilmu, dan aqal yang sempurna tidak pernah digunakan untuk belajar bersungguh2. 

"Ni apa ae? Kenapa patient ni boleh jadi macam ni?"
"Alaa, takpe la, tak masuk exam pun. Doktor tak tanya kot. Target pass sudah."

Asal cukup untuk PASS EXAM! Exam yang menjadi tujuan. Niat belajar dah tak betul, apatah lagi perkara2 lain, tak usah ditanya~ Selayaknya nikmat aqal ini ditukar hak milik kepada hamba Allah yang tahu erti bersyukur tadi! Barangkali dia lebih bersungguh2 dalam pelajaran sekiranya aqalnya superb seperti manusia waras dan sihat yang lain.


DUA
Nikmat harta (kereta, duit, etc) tidak digunakan untuk membawa diri ke rumah2 Allah. Padahal Allah sudah berfirman 

"Sessunguhnya yang memakmurkan masjid2 Allah hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut kecuali kepada Allah. Maka merekalah orang yang diharapkan termasuk golongan orang yang mendapat petunjuk" (AtTaubah : 18)

Ataupun, apabila ke masjid 

"Alaa, cukup la yang wajib ni. Penat lah nak buat yang sunat. Lagi pun tadi dah buat dua rakaat sebelum Subuh, cukuplah"

Walhal tubuh badan masih sihat, cergas, cerdas & sebagainya. Masih boleh berlari, berenang, terbang semestinya tidak, tapi tak mahu sujud yang hanya memakan masa kurang daripada 5minit dan bersyukur pada yang Maha Memberi semua! Sudahlah sombong, merasa cukup pula dengan amal yang sudah dilakukan. Berkira2 dengan yang Maha Menciptakan. Manusia~ Sememangnya tak sedar diri!


TIGA
AHLI SYURGA? JAUH SEKALI! Bukan sekali, berkali2 jauh! Bau syurga belum tentu. Tapi berhalusinasi tak nak masuk neraka?! Delusion? Illusion? Nikmat depan mata tidak disyukuri, malah meminta nikmat yang lain, yang tidak selayaknya diminta dan dimiliki. Benar sungguh, manusia memang tidak tahu berterima kasih, bukan kepada sesama manusia sahaja malah kepada Allahu Ahad! 

Ya Allah yang Maha Pengampun, ampunilah hambamu yang kufur ini. Ya Ghaffar! Ampunilah daku ya Allah~ Sesungguhnya diri ini tidak layak untuk menjadi ahli syurgaMU, tapi takut untuk ke nerakaMU. Maka Engkau kurniakan kepadaku nikmat untuk mensyukuri setiap nikmat yang Engkau kurniakan dan berikanlah kepadaku Istiqamah! Aaaaaamin Ya Sami'ud Du'a, Ya Mujiibas Saailin~