
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
" Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu :
- Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah
- Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka
- Allah memperindahkan syurgaNYA setiap hari dan berfirman "Hampir-hampir hamba-hambaKU yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu"
- Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan
- Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam [orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan merekasetelah selesai mengerjakannya] "
Mengenai no. 5, ada sahabat yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : "Ya Rasulullah, adakah itu berlaku pada malam lailatul qadar?" Baginda menjawab : "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." [riwayat Ahmad]
[SOLUSI, no 34]
No comments:
Post a Comment