Sunday, May 29, 2011

Macam tu Rupanya!



Alhamdulillah, syukur atas nikmat diaphragm yang masih baik, yang membolehkan saya bernafas dengan baik. (",)
Alhamdulillah, saya berjalan2 kat blog Ustaz Pahrol, & TERjumpa jawapan kepada post saya sebelum ni " k.e.n.a.p.a. ?? " . So, saje nak kongsi dengan semua, supaya kita sama2 muhasabah diri. Klik sini [dah teror buat link, kredit 2 bro SyahmiFikri :D].

Sekian.

Tuesday, May 24, 2011

k.e.n.a.p.a. ??

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam, yang masih memberi nikmat diaphragm & bekalan oxygen yang cukup untuk saya teruskan hidup hari ni. Walaupun diaphragm mempunyai tugas yang sangat penting dalam respiration, orang lebih mengenali paru-paru [lungs] lebih daripada diaphragm. Pada hal, kalau x de diaphragm, x de lah oxygen dalam lungs.(",)

OK, straight to the point. Semalam [malam] saya ke hospital, nak hantar barang2 kat makcik saya, sebab beliau baru sahaja dimasukkan ke wad petang semalam, patah kaki [tolong doakan semoga beliau cepat sembuh (",)]. Masa kami berborak tu, ade la sorang hamba Allah yang Muslim ni, dia tengah bertugas masa tu. Kerja beliau kena hantar baju/kain baru kat semua patients [pakai troli], supaya patients boleh tukar baju pagi esok. Sampai je kat wad yang makcik saya duduk, orang tu pun stop, beliau ambil baju & kain, & campak kat atas katil sorang makcik tua [depan katil makcik saya], yang tengah tidur masa tu, pastu makcik tu pun terkejut lah! [orang tu x de lah campak kuat2 sangat, tapi memang boleh kejutkan orang yang ade kat katil tu]. Tapi kat patient yang lain [Muslim], letak elok2 kat atas meja makan tu.

MasyaAllah~ saya terkejut sangat2 tengok keadaan tu! Dah la makcik tu susah nak tidur, dapat pulak orang main campak2 baju kat situ. Kesian sangat100x ! Ape salah makcik tu pun saya tak tau. Makcik tu non-Muslim. Tapi kenapa dengan non-Muslim? Sepatutnya, kena bagi layanan yang sama rata kat semua orang, x kira agama, bangsa, negara, etc. Kalau Allah boleh berlaku adil dengan SEMUA HAMBA2NYA, kenapa kita x boleh? siapa kita nak dibandingkan dengan Allah? Kita ni sangat2 kecil, lemah, hina, x de kuasa~~
Ingat, gaji tu bukan dibayar ikut layanan kita kat orang, dibayar sekali gus [bukan sikit2 ikut layanan kita kat orang yang berbeza agama, bangsa, etc.!]. Kalau amanah x dilaksanakan dengan baik, duit yang kita dapat tu boleh jadi x halal, sebab x tunaikan amanah dengan jujur, ikhlas, etc.




Pesanan untuk diri sendiri & kawan2 yang bakal berkerja di hospital, hormatilah orang2 yang sakit. Jangan buat bising. Sifat berlembut/berhemah kita dalam melayani orang2 sakit sedkit sebanyak mengurangkan beban mereka sebenarnya. Darjat mereka tinggi di sisi Allah. Antara doa2 yang dimakbulkan Allah adalah doa orang2 yang sakit. Subhanallah~ Allah yang bagi penyakit, tapi dalam masa yang sama, Allah makbulkan doa orang2 yang sakit. Kan Maha Adil tu. Pekerja hospital yang saya cakap tadi tu, mungkin beliau x perasan dengan tindakan beliau. Didoakan semoga beliau mendapat petunjuk. Aaamin~ Semoga peristiwa ni menjadi pengajaran buat semua.
Wallahu a'lam

Monday, May 23, 2011

Fizik, Biologi & I.S.L.A.M ??

[Copied from iLuvislam.com]

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?


SUBUH Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


ZOHOR Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


ASAR Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


MAGHRIB Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


ISYAK Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


QIAMULLAIL Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.