Thursday, June 16, 2011

Jom Rebut 'Duit Akhirat' !

Alhamdulillah pertama2 & selama2nya.

Duit akhirat? Akhirat ada duit ke? Semestinya lah ada, cuma x nampak je, duit ghaib. Semua benda kat dunia ni pun kena beli, mana ade yang dapat free. Nak masuk toilet awam pun kena bayar. Kita kena beli duit akhirat supaya kita x hidup miskin masa balik 'kampung akhirat' nanti, inshaAllah. Macam hidup kat dunia jugak lah. Duit akhirat a.k.a pahala lah. Apa lagi. Hehe. [istilah ni hanya rekaan semata2, tak pernah wujud dalam mana2 kamus, tak ada kena mengena dengan yang masih hidup & yang masih mati, hehe, so, jangan susah menyusahkan diri cari makna tu (",)] Hari ni, saya dapat 2 SMS dari Ustaz Muhadir. Beliau berpesan supaya dapat disebar2kan mesejnya kepada kawan2 yang lain melalui blog/Facebook, etc. So, sesiapa yang nak 'duit akhirat' ni, boleh lah copy mengopy & paste mengepaste, seterusnya amal mengamalkan. (",)

A. KAIFIAT SOLAT KHUSUFUL QAMAR (GERHANA BULAN)
1. Niat : usollii sunnata khusufil qomar rak'ataini lillahi ta'aalaa
2. AlFatihah, surah, ruku', i'tidal
3. Letak tangan di perut, AlFatihah, surah, ruku', i'tidal
4. Sujud, duduk antara 2 sujud, sujud
5. Naik rakaat ke-2, ulang no 2-4
Selepas salam, jika berjemaah, selepas solat ada khutbah gerhana, jika seorang sahaja tidak perlu.
[Kesimpulan : Setiap rakaat ada 2 AlFatihah, 2 ruku', 2 i'tidal]

B. AMALAN BULAN REJAB
Antara amalan Bulan Rejab ialah usaha mengkhatamkan istighfar ini, 70x pagi & 70x petang,
setiap hari, dengan mengangkat kedua belah tangan

Allahummaghfirlii warhamni wa tub'alayya
[Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, dan terimalah taubatku]

Fadhilat : Tubuh tidak akan tersentuh api neraka.
[Rujuk Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan, Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa'id al-Linggi, ms 67 dll]

Sebarang pertanyaan/kemusykilan, boleh tinggalkan kat komen. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. (",) Lebih afdhal kalau bertanya terus kepada yang lebih arif [ustaz Muhadir].

Al-'Ilmu bi laa 'amal kasysyajari bilaa thamar
Ilmu yang tidak diamalkan adalah sama seperti pohon yang tidak berbuah

Sekian, selamat menyebar2kan & selamat beramal.

1 comment: