Wednesday, June 15, 2011

Elakkan Islam "Segera" !

- In the Name of Allah, The Most Gracious, The Most Mericful -

MANA PINTU, MANA TINGKAP? [Solusi no 2, pg 48, by Ustaz Hasrizal Abdul Jamil]

" Gajah ni bentuknya panjang, macam batang buluh. Tapi lembut sedikit berbanding buluh, " kata si buta yang meraba belalai gajah.
" Eh, kamu biar betul, aku rasa gajah ni bentuknya macam talam. Lebar & luas, " bantah si buta yang meraba telinga si gajah.
" Aku yakin gajah tidak begitu. Gajah rasa aku bentuknya macam kawah nasi. Lebar & gendut, macam2 boleh isi, " tegas si buta yang ketiga yang meraba perut gajah.


Ketiga2 si buta itu trus berbalah sesama mereka kerana mereka cuba menghuraikan tentang rupa gajah berdasarkan bahagian yang diraba, tanpa meraba keseluruhan tubuh si gajah malang itu.
Analogi di atas memang kita sedia maklum. Kisah si buta dengan gajah sering menjadi perbandingan dalam mana2 isu, kita cuba memberikan kefahaman berdasarkan maklumat & gambaran serpihan yang kita ada tentang sesuatu.

Memahami Islam secara serpihan. Hal inilah yang banyak menimpa mereka yang mencari & cuba memahami Isam melalui pembacaan artikel & pelbagai material yang banyak terdapat masa kini. Bukan salah artikel, dan bukan salah material, malah artikel yang ditulis banyak yang sangat berkualiti tinggi.
Namun, membaca apa-apa tajuk secara serpihan, menyulitkan seseorang untuk menilai sesuatu.

" Saya dengar ibn Ishaq tu syiah. Rupa-rupanya sirah yang kita belajar selama ni, bersumberkan mulut syiah. betul ke ustaz? " Soal seorang surfer dalm blog saya.

Itu antara contoh [banyak sangat, saya ambil 1 je contoh daripada yang banyak tu] label2 serpihan yang menimpa si celik yang meraba2 Islam daripada sudut yang pelbagai.
Sukar untuk saya berikan justifikasi. Saya timbulkan hal ini kerana apabila soalan2 di atas diajukan kepada saya, saya tahu ia sukar untuk dijelaskan kerana penyoal yang menyoal tiada asas Pengajian Islam, namun mahu cuba terlibat dalam hal2 yang rumit.
Saya tidak bermaksud menggesa pelajar2 berhenti membaca & mengkaji artikel2 tentang Islam yang berlambak di seluruh alam internet & majalah. Tapi apabila kita mempelajari Islam secara melompat sana, melompat sini tanpa disiplin ilmu, maka inilah keuslitan yang berlaku.

Masuk rumah ikut pintu. Apabila kita mahu masuk ke sesebuah rumah, sudah tentu kita tahu yang mana 1 pintu depan, yang mana 1 pintu belakang. Maka kit akan masuk & keluar melalui jalan yang betul. Adakah kita ahli mesyuarat tingkap, atau ahli mesyuarat ruang tamu?
Namun, ada manusia yang masuk ke rumah ikut bumbung, bukannya pintu depan. Manusia ini adalah pencuri. Ada juga makhluk yang masuk ke rumah tidak ikut pintu atau tingkap, malah ikut lubang bilik air. Namanya katak puru. Manusia yang betul, yang normal akan masuk ikut pintu masuk. Begitu juga ilmu Islam.


Ada bahagian berfungsi sebagai pintu & ada bahagian berfungsi sebagai tingkap. Kita tentu biasa dengar tentang istilah ilmu alat. Ia adalah ilmu yang berfungsi seperti memberikan kita alat untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Ia seumpama perahu & jala bagi nelayan, atau cangkul & bajak bagi pesawah, mungkin juga seperti kalkulator & alat tulis bagi seorang pelajar Sains.

Antara ilmu alat yang penting adalah ilmu bahasa Arab. Ghairah mengkaji tentang Islam, tapi gersang daripada keinginan mempelajari Bahasa Arab, akhirnya Islam kita tinggal Islam terjemahan. Kita berbalah tentang pendapat, adalah hasil bacaan kita terhadap terjemahan, dalam semua perkara. Kita sendiri pun tahu, apakah kesan terjemahan kepada maksud asal sesuatu teks. Saya bukanlah seorang yang ortodoks, tetapi saya suka menegaskan betapa belajar tentang Islam, bermula dengan belajar tentang bahasa Islam.

[Tertib pengajian Islam terlalu panjang, boleh baca dalam Solusi sendiri]

Amalan vs Perdebatan. Saya tidak mahu memperlihatkan seolah2 Islam itu susah, & hanya 'orang tertentu' sahaja yang boleh mempelajarinya. Islam memang mudah, boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. Tetapi, untuk berkelakuan seperti pengkaji Islam, kenalah berpengetahuan seperti pengkaji Islam. Ada atau tidak orang yang arif tentang Islam, tanpa ada penat & lelah sebelumnya?Jawapannya tiada. Saya menjawab dengan 100% yakin. Orang tua2 kita pun sudah berpesan, "berakit2 dahulu, berenang2 ke tepian, bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian." Tak mahu susah, jangan susahkan orang lain.

No pain, No Gain! Mempelajari Islam untuk menjadi pegangan hidup berbeza dengan mempelajari Islam untuk campur tangan dalam isu2 umat Islam. apabila seseorang mendatangi Syiah melalui pintu politik, tentu sekali dia akan memulakan langkah dengan kekaguman yang menjulang tinggi terhadap keupayaan Khomeini menumbangkan kezaliman Shah Iran. Tetapi politik tetap politik. Allah s.w.t. mempertimbangkan kesahihan ubudiyyah hambaNYA bermula dengan pintu aqidah seterusnya ibadah, sebelum siasah (politik).
Jika politik hebat, namun aqidahnya sulit, menumbangkan kezaliman pemimpin yang zalim tiada makna jika gagal menumbangkan kezaliman syirik yang diistilahkan sebagai sebesar2 kezaliman oleh al-Quran. Aqidah dulu, baru ibadah & siasah. Sama jugalah dengan isu2 yang lain.

Maka jika keliru dengan Islam & isu2nya, periksalah kembali, anda sebenarnya berada dalam kekeliruan ini kerana Islam yang mengelirukan, atau anda sendiri keliru antara pintu & tingkap? Jika makanan segera bisa membunuh, Islam segera atau pintas apa kurangnya!

No comments:

Post a Comment