Thursday, June 2, 2011

Jom Heboh2!


Alhamdulillah, pertama2 & selama2nya. PejamCelik2, dah masuk bulan Rejab. MashaAllah~ Sangat cepat masa berlalu sekarang [tanda2 akhir zaman/qiamat dah dekat]. Rasanya, macam baru je semalam saya lahir kat dunia ni [hyperbolajaring :D]. 2 bulan lagi, Ramadhan pulak datang. Cuti 3 bulan ni, yang ingat, nak buat preparation untuk bulan 9 ni, nak start clinical years [kembali ke sekolah, tapi dengan cabaran yang lebih extreme]. X teringat langsung pasal preparation untuk nak masuk Maahad Tarbiyyah Ramadhan, walhal sekolah ni lah yang bakal membimbing diri masa clinical years nanti. Astaghfirullah, teruk3 [UpinIpin]~

Sesetengah hukamak ada mengatakan bahawa bulan REJAB adalah kesempatan untuk memohon keampunan, bulan SYAABAN adalah kesempatan untuk memperbaiki diri, & bulan RAMDHAN adalah kesempatan untuk menenangkan hati & jiwa. Ramai orang tunggu bulan Rejab nak bayar zakat sebab pahala berganda. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya, & jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. Ada hadith mengatakan bahawa sunnat melakukan umrah dalam bulan Rejab
[dalam 2 minggu ni je, 3 kali saya pegi hanta saudara-mara yang nak pegi umrah, hantar kat KLIA je la :D . Cakap pasal umrah,sebagai perkongsian, buat sahabat2 yang belum berpeluang untuk menunaikan umrah, tanamkan niat dari sekarang nak pegi sana, buat umrah dulu baru buat haji kalau mampu, kumpul duit dari sekarang,sebab memang sangat2 seronok pergi sana, tengok kaabah je pun dah cukup nak buat kita menangis, tu baru tengok je, belum buat apa2 yang lain. Rasa rindu bila dah tinggalkan tempat tu. Ini bukan cubaan, ini betul2].


Tengok gambar x sama macam tengok yang real, sebab mata manusia
jauh lebih hebat dari kamera, boleh detect warna yang bermacam2! Subhanallah~
Kaabah ni cantik, besar, semua lapisan masyarakat boleh masuk, x macam sesetengah bangunan,
besar, tinggi pulak tu, tapi orang2 tertentu je boleh masuk [ooppsss :D]


Lagi bes kalau dapat cium yang ni~
Tunggu apa lagi, jom usaha & doa dari sekarang!


Ok2, kembali ke jalan yang lurus [terpesong jap tadi]. Sabda Nabi Muhammad S.A.W. :

"Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku"

"Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat"

Subhanallah. Banyak pahalanya. Rugi kalau x kutip. Yang ni baru sikit je, nak tengok lagi banyak? Ha, klik siniatausini. Allah tabur pahala dalam bulan Rejab macam orang kaya tabur duit. Yang bezanya, duit boleh dilihat, disentuh, dirasa, diguna nak beli barang, sebab tu manusia berebut, tapi pahala tu x nampak, xboleh disentuh/diguna kat dunia, tapi sangat tinggi nilainya kat akhirat, jauh lebih tinggi berbanding nilai duit, sebab dengan adanya pahala tu, boleh padam dosa2 yang kita dah buat, boleh jauhkan seseorang dari azab Allah inshaAllah. Duit tak boleh padam dosa2 manusia, tapi boleh tambah dosa2 kalau tak guna duit dengan betul.

Saya nak ucap terima kasih banyak2 kat seorang ustaz, Ustaz Muhadir [x ingat nama penuh, asif ustaz :D], yang banyak membantu & membimbing saya & kawan2 lain. SMS beliau pada 2Jun11 @ jam 2216 [spesifik tu :)] tentang amaln bulan Rejab, membuatkan saya BERfikir, TERfikir, BERzikir & TER&MEmuhasabah diri. Semoga Allah membalasnya dengan sebaik2 balasan, & semoga ustaz ditempatkan dalam golongan orang2 soleh di akhirat kelak,inshaAllah, aamin~ .

So, jom sama2 manfaatkan 3 bulan ni [bukan Jun wa ikhwanuhu (Julai&Ogos), tapi Rejab wa ikhwanuhu (Syaaban& Ramadhan).Betul ke tu?Macam kelaka je bunyi tu.haha. Sorry, x belajar BA Tinggi :D]. Peringatan untuk diri sendiri & sahabat2 medic yang lain, gunakan masa 3 bulan ni untuk nak baiki diri, tambah ilmu agama, fiqh medicine especially, tingkatkan iman & amal sebab benda2 tu la yang akan tolong kita masa clinical years nanti inshaAllah.

Sekian,Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment