Tuesday, May 24, 2011

k.e.n.a.p.a. ??

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam, yang masih memberi nikmat diaphragm & bekalan oxygen yang cukup untuk saya teruskan hidup hari ni. Walaupun diaphragm mempunyai tugas yang sangat penting dalam respiration, orang lebih mengenali paru-paru [lungs] lebih daripada diaphragm. Pada hal, kalau x de diaphragm, x de lah oxygen dalam lungs.(",)

OK, straight to the point. Semalam [malam] saya ke hospital, nak hantar barang2 kat makcik saya, sebab beliau baru sahaja dimasukkan ke wad petang semalam, patah kaki [tolong doakan semoga beliau cepat sembuh (",)]. Masa kami berborak tu, ade la sorang hamba Allah yang Muslim ni, dia tengah bertugas masa tu. Kerja beliau kena hantar baju/kain baru kat semua patients [pakai troli], supaya patients boleh tukar baju pagi esok. Sampai je kat wad yang makcik saya duduk, orang tu pun stop, beliau ambil baju & kain, & campak kat atas katil sorang makcik tua [depan katil makcik saya], yang tengah tidur masa tu, pastu makcik tu pun terkejut lah! [orang tu x de lah campak kuat2 sangat, tapi memang boleh kejutkan orang yang ade kat katil tu]. Tapi kat patient yang lain [Muslim], letak elok2 kat atas meja makan tu.

MasyaAllah~ saya terkejut sangat2 tengok keadaan tu! Dah la makcik tu susah nak tidur, dapat pulak orang main campak2 baju kat situ. Kesian sangat100x ! Ape salah makcik tu pun saya tak tau. Makcik tu non-Muslim. Tapi kenapa dengan non-Muslim? Sepatutnya, kena bagi layanan yang sama rata kat semua orang, x kira agama, bangsa, negara, etc. Kalau Allah boleh berlaku adil dengan SEMUA HAMBA2NYA, kenapa kita x boleh? siapa kita nak dibandingkan dengan Allah? Kita ni sangat2 kecil, lemah, hina, x de kuasa~~
Ingat, gaji tu bukan dibayar ikut layanan kita kat orang, dibayar sekali gus [bukan sikit2 ikut layanan kita kat orang yang berbeza agama, bangsa, etc.!]. Kalau amanah x dilaksanakan dengan baik, duit yang kita dapat tu boleh jadi x halal, sebab x tunaikan amanah dengan jujur, ikhlas, etc.




Pesanan untuk diri sendiri & kawan2 yang bakal berkerja di hospital, hormatilah orang2 yang sakit. Jangan buat bising. Sifat berlembut/berhemah kita dalam melayani orang2 sakit sedkit sebanyak mengurangkan beban mereka sebenarnya. Darjat mereka tinggi di sisi Allah. Antara doa2 yang dimakbulkan Allah adalah doa orang2 yang sakit. Subhanallah~ Allah yang bagi penyakit, tapi dalam masa yang sama, Allah makbulkan doa orang2 yang sakit. Kan Maha Adil tu. Pekerja hospital yang saya cakap tadi tu, mungkin beliau x perasan dengan tindakan beliau. Didoakan semoga beliau mendapat petunjuk. Aaamin~ Semoga peristiwa ni menjadi pengajaran buat semua.
Wallahu a'lam

2 comments:

  1. uhmm, usual thgs tht always happen kt GH.. tringt peristiwa whn my mom ws hospitalized, a non-muslim HO said "bismillah" before injecting her. anyway, we make all these as lessons for us, inshaAllah...

    ReplyDelete
  2. InshaAllah.. semalam I baru tau yg makcik tu idup sorang2..dgr crita, die ade adik sorang..my aunt ckp, that day ade someone (maybe tu la adik die) came, but just to send her nappy, then just went away! wad mkcik I ade 4 katil..smlm, 3 katil lain ade dpt visit drp family members, tp mkcik tu sorg2..die tengok je orang.. Ya Allah,seriously, kesian sgt2, sdeh2~ huhu..

    ReplyDelete