Tuesday, April 27, 2010

REACTIVATION after a long period of PATENCY!

~IN THE NAME of ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL~

Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNYA, saya dapat kekuatan untuk REACTIVATE & membersihkan blog yang dah bersawang ni..REACTIVATION? dalam bahasa medik, reactivation boleh berlaku dalam kebanyakan penyakit yang disebabkan oleh virus..PATENCY tu plak = dormant..tau x dormant tu apa? Kalau tak tahu, cek dalam kamus (",)..Perasan tak kadang2 kalau kita sakit, sembuh, lepas tu, sakit tu datang balik?tu la reactivation (betul ke?hehe)..nak tau macam mana?jom belajar medik (",)

Hm, sebagai manusia, dalam perjalanan kita menuju kematian / hari qiamat, kita pasti akan berhadapan dengan godaan syaitan laknatullah supaya melakukan maksiat/perkara2 mazmumah setiap masa..betul tak?betul..Kenapa macam tu? sebab memang syaitan (iblis) ni, dah janji dengan Allah masa Nabi Adam diciptakan,yang dia akan merosakkan umat2 manusia semuanya..tapi, dalam masa perjanjian tu, dia ada kata kecuali..siapa yang dia tak akan berjaya rosakkan/pesongkan dari jalan Allah? mereka adalah orang2 yang benar2 ikhlas (illa 'ibadakal mukhlasin)..ayat & surah yang ada menceritakan tentang iblis ni saya tak ingat..siapa yang tahu, boleh share dalam komen ye.. (",)

Teringat satu kisah..

Ada seorang ulama' terkemuka, Imam Sahl b Abdullah Al-Tastari, beliau selalu ikut pakciknya Muhammad b Sanwar untuk melakukan qiyamullail sejak dari usia 3 tahun! (masyaAllah!)
Suatu hari, pakciknya bertanya, "Apakah kau mengingati Allah, yang menciptakanmu?"
Lalu beliau bertanya, "Bagaimana caranya aku mengingatiNYA?
Pakciknya menjawab, "Anakku, jika kau berganti pakaian & ketika hendak tidur, katakanlah 3 kali dalam hatimu tanpa menggerakkan lisanmu,

'Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi (Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikanku!)'

Imam Sahl pun hafal kalimah tu & amalkan setiap hari sebelum tidur..Lepas tu, 1 hari, beliau cerita kepada pakciknya tentang apa yang beliau dah laksanakan & pakciknya berkata " Mulai sekarang, ucapkan zikir ini 10 kali setiap malam & jagalah apa yang aku ajarkan kepadamu & amalkanlah sampai kau masuk kubur. Zikir itu akan bermanfaat bagimu di dunia & akhirat "
Pakciknya berkata lagi, "Hai Sahl, orang yang merasa selalu disertai Allah, dilihat Allah & disaksikan Allah, akankah dia melakukan maksiat?" ..Imam Sahl menceritakan bahawa ada kenikmatan dalam hatinya, fikiran terasa tenang, & sentiasa rasa kebersamaan dengan Allah apabila belau mengamalkan sambil menghayati kalimah tersebut..

Begitulah kisah pendek imam Sahl..kalimah ni boleh diamalkan untuk melindungi diri daripada melakukan maksiat..macam mana?macam yang imam Sahl cerita, apabila kita amalkan & hayati sedalam-dalamnya kalimah tersebut, kita akan timbul rasa kebersamaan dengan Allah, dilihat & disaksikan oleh Allah..jadi, adakah orang yang sentiasa mempunyai rasa macam tu akan melakukan maksiat? tepuk dada, tanya iman.. (",)

Semoga kita semua sentiasa bearada dalam lindunganNYA & terpilih untuk menjadi hamba2NYA yang mukhlasin insyaAllah..ameen..jom sama2 kita amalkan! (",)

No comments:

Post a Comment