Friday, December 3, 2010

Agenda Dakwah bertambah, Gejala Sosial bertambah?


[Extracted from SOLUSI, no 24]

Bismillahirrahmanirrahim~

Alhamdulillah sebab dapat menulis lagi hari ni. Cuti end-block dah nak habis. Kali ni dapat cuti lebih lama berbanding biasa [lebih 2hari je pun]. Tapi, untuk medical student, cuti separuh hari pun sangat2 bermakna. Betul x? (",)

Ok, straight to the point. DAKWAH yg VERSATILE. Isu ni ada kat dalam majalah SOLUSI, isu no 24, page 3. Isu ni sangat2 menarik attention saya, sebab saya pernah lalui. Sebab tu saya nak share kat sini. Sememangnya, perkara ni lah yang sedang berlaku.

Agenda dakwah [ceramah, kursus, etc] bertambah, gejala sosial pun bertambah? Kenapa jadi macam tu? Silapnya kat mana? Dakwah kurang berkesan? Kalau ya, kenapa?

Kalau kita teliti & perhati betul2, orang yang jadi sasaran pendakwah sangat kompleks sifatnya. Jadi, seorang da'ie kena ada sifat kreatif dalam perjuangannya. Manusia zaman sekarang ni sangat berbeza dengan yang dulu. Jadi, pendekatan yang pendakwah guna x boleh sama macam zaman dulu.

Sebelum saya teruskan, minta maaf banyak2 atas apa yang saya nak sampaikan lepas ni. Saya hanya berniat untuk menegur supaya dapat dibaiki apa yang silap, tambah apa yang kurang, & betulkan saya kalau saya silap. Masa sekolah dulu [masa ni, masih jahil lagi (",)], saya pernah berhadapan dengan golongan da'ie, tapi apa yang mereka sampaikan langsung xpernah menyentuh hati saya. Saya x tahu kenapa macam tu. Kadang2, bila terserempak, saya pandang & senyum kat mereka, mereka buat2 macam x nampak. MOST of them macam tu. Dalam hati saya kata "yela, aku ni x baik macam diorang, x layak nak kawan dengan diorang!" Kadang2, pernah juga terdetik "sombongnya dia". Astaghfirullah!
Ni lah 1 contoh yang boleh saya bagi. Susah sangat ke nak balas senyuman tu? Kalau sorang / dua yang buat macam tu, saya boleh terima, tapi kebanyakannya macam tu. Adakah itu 1 kebetulan?

Betul apa yang dibincangkan dalam SOLUSI tu, kebanyakan pendakwah gagal memahami, sebab tu mereka gagal difahami oleh mad'u [orang yang didakwah/diseru]. Ikut pengalaman sendiri, pendekatan 'regimented' [itu x boleh, ini x boleh] x sesuai untuk zaman sekarang. Minta maaf sekali lagi, kebanyakan pendakwah zaman sekarang yang saya tengok, takut / x nak berkawan /x nak cuba faham orang2 yang x sefikrah dengan mereka.
Kadang2, pendekatan yang mereka guna buat saya rasa Islam tu susah, walaupun sebenarnya Islam tu 1 agama yang sangat mudah untuk diamalkan. Ada juga yang kadang2 guna teknik paksaan secara sengaja / x.

Sampai sekarang pun saya masih berhadapan dengan pendakwah2 yang macam tu. Kalau saya sendiri yang masih berjinak2 dengan bidang dakwah ni ada rasa macam tu, macam mana pulak penerimaan mereka yang kat luar sana?

Contoh terbaik ada pada Rasulullah (S.A.W) sendiri, a part from sifat siddiq, baginda juga ada sifat fatanah [bijaksana] dalam mengubah sikap manusia. Sabda baginda :

"Bercakaplah mengikut kadar aqal manusia yang kamu hadapi" [Riwayat ad-Dailami]

"Permudahkan, jangan menyusahkan" [Riwayat Muslim]

As a conclusion, macam yang tertulis dalam SOLUSI, kreativiti yang sangat tinggi diperlukan dalam perjuangan sebagai seorang da'ie, macam filem Barat. Filem mereka penuh dengan tipu belaka, tapi dapat sambutan ramai. Tapi, dakwah yang penuh kebenaran, orang ambil sambil lewa. Kenapa? Tepuk dada tanya iman.