Wednesday, June 23, 2010

K.E.R.E.T.A

In The Name of Allah, The Most Gracious The Most Merciful~

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk melihat & memijak Bumi Allah hari ni..
Alhamdulillah juga, sebab telah diberi peluang untuk mengembara ke Perlis (jauh tu) minggu lepas.. Pengalaman yang sangat2 menyeronokkan.. Saya jadi macam orang jakun masa kat Perlis sebab banyak sangat pemandangan yang indah, sejuk mata tengok berbanding KL yang penuh dengan bangunan2 & binaan2 yang menyakitkan mata memandang (tak sakit pun).. Tapi apa2 pun, semua ciptaan pasti ada kegunaan, pasti ada hikmah yang tersembunyi & sebagi hamba yang lemah, haruslah bersyukur dengan setiap kurniaanNYA~

Hm, k.e.r.e.t.a ? Apa yang ada dengan kereta? Apa yang terbayang dalam fikiran bila cakap pasal kereta? Nat tayar? Meter? Ekzos? Seat? Lagi2? Tak kan tu je? Siapa nak jawab? (",) Siapa ada kereta, tolong diam & jangan rsepon apa2.. Wah, nampaknya semua ada kereta! Saya je tak ada (",)

Ok, kereta.. Siapa yang ada kereta? Pernah tak bagi pinjam kereta kat kawan2/orang lain? Kalau xpernah, buat2 macam pernah.. Cuba bayangkan, satu hari, kita bagi pinjam kereta kat kawan kita.. Lepas tu, kita nampak kawan kita tu, bawa kereta laju yang teramat sangat, sikit je lagi nak terbang kereta tu, jet pun kalah (yeke?).. Dah la bawak laju, nampak kita pun buat2 macam tak nampak.. MasyaAllah, masa tu nak mengaku kawan pun kena solat istikharah dulu (gurau je).. Apa perasaan? Kalau saya jadi tuan punya kereta, tiba2 rasa macam nak kenakan sewa kat kawan tu walaupun niat asal nak bagi pinjam je (jangan tiru aksi ini di rumah).. Nasib baik saya tak ada kereta.. (",)

Ok, apa pengajarannya? Macam mana nak kaitkan dengan kehidupan? Rasa2nya, tak ada pinjam apa2, hutang semua dah selesai.. No! Kalau ada fikiran macam tu, buanglah.. Manusia memang tak akan pernah lasngsai hutangnya.. Sebab apa? Sebab manusia sentiasa berhutang dengan ALLAH! Semua yang kita ada ni hanyalah pinjaman semata2 daripada Allah.. Kereta, rumah, isteri, anak2, sahabat, Oxygen, duit, pokok, laptop, jawatan.. Apa lagi? X perlu nak list kan sebab memang tak akan terhitung semua pinjaman & nikmat Allah.. SEMUA yang kita ada adalah hak milik Allah, yang diberi pinjam SEMENTARA kepada manusia..Allah berfirman dalam surah apa saya x ingat.. Siapa2 yang ingat, boleh tolong bagi tau kat komen..

" Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, tak akan terhitung semuanya"

Macam mana kisah kereta tadi, macam tu lah juga hidup kita.. Kita berhutang dengan Allah.. Hutang yang tak akan mampu dibayar.. Jadi, tugas kita, kena jadi hamba yang sentiasa bersyukur.. Macam mana nak tunjukkan rasa kesyukuran? Solat dengan seikhlas hati, buat apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah larang.. Allah Maha Pemurah, Maha Penyabar.. Kalau tengok balik kisah kereta tadi, kita (manusia) marah bila orang buat pinjaman yang kita bagi macam harta dia sendiri, rasa macam tak nak bagi pinjam lagi dah kan? Tapi, Allah tak macam tu.. Walaupun kita tak jaga baik2 pinjaman yang Allah bagi, Allah tetap bagi kita pinjaman yang lain.. Contohnya, kita ada duit banyak, tapi duit tu kita guna ke arah maksiat (na'uzubillah).. Cuba tengok diri kita, masih ada gigi, telinga, masih dapat hirup oxygen macam biasa, Allah tak bagi balasan waktu tu, sebab Allah Maha Penyabar.. Betapa penyayangnya Allah kat hamba2NYA..

So, belajarlah bagaimana menjadi hamba yang bersyukur.. Jom sama2 Islah an-nafs!